Latar Belakang

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) [dahulu dikenali sebagai Biro Pengantaraan Kewangan] ditubuhkan pada 30 Ogos 2004 dan memulakan perkhidmatan pada 20 Januari 2005.  OPK adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai saluran alternatif untuk menyelesaikan aduan dan pertikaian antara Anggota kami yang merupakan Penyedia Perkhidmatan Kewangan (PPK) yang dilesenkan atau diluluskan oleh BNM dan pelanggan mereka. OPK dilantik oleh BNM sebagai pengendali Skim Ombudsman Kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.