Senarai Semak Dokumen

Sila kemukakan maklumat berkaitan aduan/pertikaian anda secara terperinci kepada pihak kami. Kegagalan anda mengemukakan maklumat lengkap berkaitan aduan/pertikaian anda boleh melambatkan atau melewatkan keupayaan kami untuk membantu anda. Sila maklum bahawa salinan Borang Aduan anda akan dikemukakan kepada Anggota, sekiranya perlu.

Berikut adalah senarai dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bagi membantu kami menilai aduan/pertikaian anda:

Perbankan Konvensional/Perbankan Islam

  1. Keputusan muktamad Anggota (surat/emel) atau salinan aduan pertama difailkan kepada Anggota;
  2. Borang Aduan yang telah dilengkapkan dan ditandatangani (sila rujuk kepada pautan)
  3. Borang asal ‘Pendedahan yang dibenarkan’ yang telah ditandatangani seperti berikut:-
    1. Bagi aduan terhadap bank berlesen dan pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan (sila rujuk kepada pautan)
      Pendedahan di bawah Subseksyen 134 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 
    2. Bagi aduan terhadap bank Islam berlesen dan pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan (sila rujuk kepada pautan)
      Pendedahan di bawah Subseksyen 146 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
    3. Bagi  aduan terhadap institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan (sila rujuk kepada pautan) pendedahan di bawah Subseksyen 120 (c) Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 
  4. Surat menyurat (surat atau emel) antara anda dan Anggota
  5. Dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan/pasport/sijil kelahiran
  6. Ringkasan kronologi aduan
  7. Laporan polis (jika ada)
  8. Penyata akaun (jika ada)
  9. Draf jualan kad kredit/slip transaksi (jika ada) 
  10. Buku simpanan atau penyata akaun yang menunjukkan transaksi yang dipertikaikan (jika ada) 
  11. Resit transaksi daripada Mesin Teler Automatik (ATM)/Mesin Pendeposit Tunai (CDM), (jika ada)
  12. Penyata Akaun Pinjaman (jika ada)
  13. Polisi bankasurans atau sijil bancatakaful(jika ada)
  14. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan bagi menyokong aduan anda

Insurans/Takaful

  1. Keputusan muktamad  Anggota (surat/emel) atau salinan aduan pertama difailkan kepada Anggota;
  2. Borang Aduan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani (sila rujuk kepada pautan)
  3. Salinan polisi insurans/sijil perlindungan yang lengkap/nota perlindungan
  4. Salinan laporan perubatan (jika ada)
  5. Salinan laporan polis (jika ada)
  6. Salinan laporan penyelaras kerugian (jika ada)
  7. Salinan lesen memandu (jika ada)
  8. Salinan kad/geran pendaftaran kenderaan (jika ada)
  9. Salinan resit/bil perubatan/hospital(jika ada)
  10. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan bagi menyokong aduan anda

Sila pilih dan muat-turun borang yang berkaitan untuk diisi dan dihantar kepada OPK bersama-sama dengan dokumen yang lain: