Apakah Itu Pengantaraan?

Financial Mediation Bureau

Apakah Itu Pengantaraan?

Pengantaraan adalah proses penyelesaian pertikaian alternatif kepada mahkamah atau timbangtara. Pengantaraan melibatkan siasatan mengenai aduan, tuntutan atau pertikaian yang dibuat oleh pengadu.

BPK berusaha menyelesaikan semua pertikaian dalam tempoh tiga bulan (3 bulan) selepas penerimaan dokumen lengkap daripada pengadu dan PPK. 

Manfaat Pengantaraan

  • Pengantara adalah pihak bebas dalam menyelesaikan pertikaian.
  • Keseluruhan proses pengantaraan adalah sulit serta terhad kepada pihak yang terlibat. 
  • Perkhidmatan kami disediakan untuk semua pengadu.    
  • Perkhidmatan kami adalah percuma.    
  • Menjimatkan masa dan kos.
  • Pengadu tidak perlu diwakili oleh peguam.    
  • Hanya PPK terikat dengan pampasan kewangan dan/atau keputusan pengantara. Pengadu tidak terikat kepada keputusan pengantara.
  • Pengadu adalah bebas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap PPK sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan kami