Siapa Kami

Ombudsman for Financial Services (OFS) [dahulunya dikenali sebagai Biro Pengantaraan Kewangan] ditubuhkan pada 30 Ogos 2004 dan memulakan perkhidmatan pada 20 Januari 2005. OFS dilantik oleh BNM sebagai pengendali Skim Ombudsman Kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

FOS dilancarkan pada 1 Oktober 2016. OFS adalah sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan dan berfungsi sebagai saluran alternatif penyelesaian pertikaian untuk menyelesaikan pertikaian di antara pengguna kewangan dan Anggota kami yang merupakan penyedia perkhidmatan kewangan (FSP), yang dilesenkan atau diluluskan oleh BNM.


 

Apa yang kami lakukan

Mandat kami adalah untuk menyelesaikan pertikaian di antara pengguna kewangan dan penyedia perkhidmatan kewangan secara bebas, adil dan pantas:

  • Kami tidak memihak kepada sesiapa semasa menyelesaikan pertikaian.
  • Kami membuat keputusan berdasarkan kepada fakta / bukti yang relevan dan keadaan pada setiap pertikaian.
 

Visi Kami

Menambah baik kualiti perkhidmatan kewangan dan meningkatkan keyakinan terhadap sistem kewangan Malaysia.

Misi Kami

Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan penyelesaian pertikaian alternatif yang bebas, dipercayai, cekap dan berkualiti kepada pengguna kewangan dan penyedia perkhidmatan kewangan.

Prinsip Panduan kami

Operasi kami berpandukan kepada prinsip- prinsip berikut:

  • Bebas
  • Adil dan Saksama
  • Mudah Akses
  • Kebertanggungjawaban
  • Ketelusan
  • Keberkesanan

Contact Us

Business Hours

  • Monday - Friday08:30 - 17:30
  • Saturday & SundayClosed
  • Public HolidayClosed