Soalan-Soalan Lazim

Temui pertanyaan di bawah atau hantarkan pertanyaan anda di kotak Pertanyaan.

Umum

Pengadu yang layak melaporkan pertikaian adalah pengguna kewangan yang menggunakan atau mempunyai sebarang perkhidmatan atau produk kewangan yang disediakan oleh FSP yang berdaftar sebagai Anggota kami. Sila rujuk kepada Siapakah yang layak melaporkan pertikaian
Tidak, perkhidmatan kami disediakan secara percuma.
Tidak, kami tidak menerima laporan dari pihak ketiga kecuali pengadu tersebut adalah waris atau penama berdasarkan kes-kes tertentu.
Secara amnya, kami mengendalikan pertikaian melibatkan kewangan.
  1. Perkara berkaitan perbankan seperti urus niaga ATM yang sah, kad Debit / Kredit, perbankan internet dan e-money;
  2. Perkara berkaitan Insurans / Takaful seperti motor, Hayat, perubatan dan tuntutan takaful.
Tidak, anda tidak perlu menggunakan perkhidmatan peguam atau melantik firma guaman untuk pertikaian yang dirujuk kepada OFS.
OFS bukan badan yang diberi mandat untuk membantu anda dalam perkara tersebut. Anda boleh merujuk masalah tersebut kepada Anggota yang berkenaan untuk membolehkan mereka membantu. Sebagai alternatif, anda boleh merujuk kepada Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Tidak. Kami tidak mempunyai cawangan lain di malaysia ; Walau bagaimanapun kami boleh dihubungi melalui telefon, e-mel atau surat. Sebagai alternatif, anda juga boleh melaporkan pertikaian anda kepada OFS melalui laman web kami www.ofs.org.my atau hadir ke pejabat kami.

 

 

 

Proses Kami - Umum, Pengurusan Kes dan Adjudikasi

 

Terlebih dahulu aduan rasmi perlu di buat kepada Anggota tersebut. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan muktamad yang dikeluarkan oleh Anggota berkenaan, anda boleh merujuk pertikaian tersebut kepada OFS.
Sekiranya tiada maklumbalas daripada Anggota tersebut selepas tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh aduan rasmi pertama yang dibuat, anda boleh terus merujuk kepada OFS untuk mendapatkan bantuan.
Ya. Anda mesti merujuk pertikaian kepada OFS: (i) Dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh keputusan muktamad diterima daripada Anggota berkenaan terhadap aduan/pertikaian anda; atau
or
(ii) Sekiranya tiada maklumbalas daripada Anggota tersebut selepas tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh aduan rasmi pertama kepada Anggota kami.
Anda boleh memfailkan pertikaian melalui surat, faks atau e-mel dengan menyertakan semua dokumen yang diperlukan (sila rujuk pertanyaan dalam talian kami). Nombor faks kami ialah + 603-2272 1577. Anda juga boleh hadir ke pejabat kami di Tingkat 14, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Koordinat GPS kami ialah 3.139316, 101.696033
Anda boleh memuat turun Borang Aduan di sini.
Selepas anda menyerahkan pertikaian, OFS akan menilai kelayakan pertikaian mengikut penilaian merit. OFS boleh menolak pertikaian anda sekiranya tiada kes yang jelas menurut TOR kami, antara lain, jika pertikaian didapati jelas tiada kes terhadap Anggota yang berkenaan. Di samping itu, OFS juga boleh menolak pertikaian di mana-mana peringkat dalam Proses Penyelesaian Pertikaian.

Sekiranya pertikaian anda menepati bidang kuasa kami, Pengurus kes kami akan mengurus dan menyelesaikan pertikaian tersebut dan mengeluarkan cadangan dalam masa 30 hari. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, anda boleh mengunjurkan kes tersebut ke peringkat Ombudsman untuk keputusan muktamad.
Ombudsman adalah orang atau badan bebas untuk menangani dan menyelesaikan pertikaian secara adil dan cepat, alternatif kepada mahkamah atau sebarang cara perundangan lain.
OFS akan berusaha untuk menyelesaikan semua pertikaian yang diterima dalam tempoh 3 ke 6 bulan dari tarikh penerimaan dokumen lengkap daripada anda dan Anggota. Ini bergantung kepada kerumitan sesuatu pertikaian.
Anda boleh menghubungi kami di talian +603-2272 2811 atau periksa status pertikaian anda melalui pertanyaan dalam talian kami. Anda juga boleh hadir ke pejabat kami di Tingkat 14, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Koordinat GPS kami ialah 3.139316, 101.696033
Tidak. Semua dokumen yang dikemukakan kepada OFS akan dikendalikan secara peribadi dan sulit.