Ombudsman for Financial Services (OFS), memberi komitmen untuk memastikan pemprosesan data peribadi oleh OFS mematuhi tujuh (7) prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Tujuan notis
Notis ini menggariskan cara OFS mengendalikan data peribadi menurut PDPA kepada semua pemegang berkepentingan di OFS termasuk Anggota, pengguna kewangan, vendor dan lain-lain.
Apakah data peribadi yang dikumpul
OFS mengumpul data yang berkaitan dengan:
- Maklumat peribadi anda sebagai pengguna kewangan yang menggunakan perkhidmatan atau produk kewangan yang disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan Kewangan (PPK) yang merupakan Anggota OFS.
- Maklumat mengenai pertikaian terhadap PPK.
- Maklumat mengenai pertikaian dari PPK yang berkaitan dengan perkhidmatan kewangan atau produk yang diberikan kepada anda.
Bagaimana OFS mengumpul data peribadi anda
Data dikumpul daripada::
- Borang Pertikaian
- Surat, e-mel dan/atau soal selidik dan dokumen yang anda serahkan
- Borang Kaji Selidik
- Perbincangan lisan dan/atau perbualan telefon
Tujuan pengumpulan data peribadi anda
OFS mengumpul data untuk::
- Membantu menyelesaikan pertikaian antara anda dan PPK yang berkenaan.
- Penerbitan yang berkaitan dengan cara dan kaedah sesuatu syor atau adjudikasi untuk tujuan mendidik orang ramai dan PPK. Namun begitu, identiti anda dan PPK akan tetap dirahsiakan.
- Penyerahan laporan kepada Bank Negara Malaysia.
Pendedahan data peribadi anda
- Data peribadi yang diberikan akan diuruskan atau didedahkan kepada kakitangan OFS sahaja.
- Jika dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis atau melalui perintah mahkamah.
Hak untuk mengakses maklumat peribadi anda
- Anda mempunyai hak untuk mengakses dan membuat pembetulan kepada data peribadi anda yang telah diserahkan. Permintaan rasmi hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada OFS.
Had pemprosesan data peribadi anda
- Anda mempunyai pilihan untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda dengan memaklumkan kepada OFS secara bertulis.
Keselamatan data peribadi anda
- OFS mengambil langkah yang sewajarnya dalam memastikan kerahsiaan data peribadi anda mengikut undang-undang dan peraturan PDPA yang berkenaan.
Pengekalan data peribadi
- Seperti yang ditetapkan dalam seksyen 10 PDPA, OFS akan mengekalkan dan memusnahkan data peribadi yang dikumpulkan dengan sewajarnya.
Maklumat untuk dihubungi
- Anda boleh mendapatkan penjelasan dan permintaan lanjut untuk mengakses atau meminda/mengemaskini data peribadi anda dengan menghubungi kami di:
E-mel : enquiry@ofs.org.my
Telefon/Faks: +603-2272 2811 /+603-2272 1577
Alamat:
Ombudsman for Financial Services
Tingkat 14, Menara Takaful Malaysia
No 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8.30pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat, kecuali cuti umum)